Monday, 29 February 2016

UTAMAKAN KESELAMATAN KELUARGA DULU


UTAMAKAN KESELAMATAN KELUARGA DULU

 

 

Apa perasaan anda bila berurusan dengan penjual yang hanya kejarkan untungnya sahaja? Sedangkan barang yang anda beli, tak seperti kualiti yang dia cakap. Beli ubat kurus, tak kurus kurus. Beli ubat sakit kronik, tak sembuh sembuh. Beli ubat kuat, tak kuat kuat. 

Dalam bidang insurans/takaful juga sebenarnya begitu. 


Bila berurusan dengan ejen, carilah ejen yang betul betul utamakan keselamatan, kebajikan dan masa depan anda sekeluarga. Bukan yang sekadar nak jual polisi, nak kejar komisyen atau contest yang ada
Kalau dia cakap income protection, pastikan faedah yang diberi memang dapat GANTI SEMULA GAJI BERTERUSAN TIAP TIAP TAHUN. Bukan 5-10 tahun atau sekadar sumbat asal boleh RM20,000-RM30,000 saja

Kalau dia cakap medical kad dia power, pastikan faedah yang diberi memang had tahunannya boleh cover kos penyakit kritikal seperti RM200,000 setiap tahun. Bukan kad RM50,000 setahun, tapi diwar-warkan kad RM500,000 macam cover 1/2 juta setahun.

Bukan apa, insurans/takaful ni tak macam barang lain. Tersilap beli, boleh ganti yang lain. Bila bab insurans/takaful, anda hanya boleh ganti polisi lain SELAGI ANDA MASIH SIHAT. Kalau dah ada macam macam penyakit, anda dah tak boleh upgrade coverage atau tambah polisi lagi.
Jadi, make it count. Jangan beli polisi asalkan ada saja

PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI JUMLAH COVERAGE YANG MENCUKUPI
Kerana itu yang selesaikan masalah anda nanti
Bukan berapa banyak anda mencarum sebulan!



��Info & Temujanji
��Whatapps : 011-19778959
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587 

Sunday, 28 February 2016

Polisi Takaful Yang Ideal

INCOME REPLACEMENT YANG SEBENAR

 

 

Bila meninggal dunia, semua akaun simpanan dan harta akan dibekukan. Hanya Takaful yang dapat diproses segera dalam masa 2 bulan
2,000 Khairat 24 jam untuk belanja kebumi dan makan minum 2 bulan
5,000 Upah haji, qurban dan waqaf (amal jariah)
750,000 tunai jika meninggal atau lumpuh kekal

Jika dilaburkan semula pada kadar 8% setahun, dapat menjana pulangan RM60,000 tiap tiap tahun dan akan gantikan gaji tahunannya

200,000 tunai jika sakit kritikal 46 jenis akan mendahulukan 3 tahun lebih gaji tahunan
170 sehari elaun hospital akan mengganti gaji bulanan RM5,100 (30 hari)
270 sehari elaun hospital jika disebabkan kemalangan
200 seminggu elaun cuti sakit kemalangan
100,000 tambahan jika meninggal / lumpuh akibat kemalangan
100,000 tambahan jika cacat sebelah anggota kerana kemalangan
25,000 Pampasan Kematian untuk Pelupusan Hutang
300 sehari bilik wad hospital
200,000 setahun had perubatan
9.8 juta had perubatan sepanjang hayat (hingga umur 80 tahun)

JUMLAH CARUMAN = RM489 SEBULAN
TAK SAMPAI 10% GAJI BULANAN RM5,000


��Info & Temujanji
��Whatapps : 011-19778959
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587

Bagaimana Nak Jimat Bayar Medical Card..?



BAGAIMANA SAYA BANTU FAMILY INI JIMAT DUIT BAYAR MEDICAL KAD


Dulu, family ini ambil medical kad untuk satu keluarga. 2 dewasa berumur 40 an dan 4 anak lelaki masih bersekolah. Mereka membayar dekat RM21,200 setahun untuk coverage medical sebanyak RM240,000 setahun (dewasa) dan RM165,000 setahun (anak). Kenapa mahal? Sebab mereka ambil medical kad combined Takafulink

Tahun lepas, saya bantu mereka dengan beri FAEDAH MEDICAL JAUH LEBIH BAIK - RM300,000 setiap seorang dengan bilik RM350 sehari
Paling penting, mereka cuma bayar RM10,882 sahaja termasuk GST

Jimat RM10,318 (lebih 50%) setelah mereka TRANSFER MEDICAL KAD LAMA KEPADA KAD MAA MEDICA2015

Sekarang, selepas setahun tiada tuntutan dibuat, mereka dapat DISKAUN LAGI RM2,005, menjadikan bayaran renewal cuma RM8,756 sahaja!

Dari RM21,200 setahun, kepada RM8,756 setahun.
BAYANGKAN PENJIMATAN YANG BERLAKU
APA BOLEH ANDA BUAT DENGAN DUIT TU?
LABURKAN? SIMPAN UNTUK EDUCATION ANAK? BERCUTI?



��Info & Temujanji
��Whatapps : 011-19778959
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587




Saturday, 27 February 2016

8 Langkah Menguruskan Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik


Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.
Kemahiran menguruskan wang.
Sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa.
Kemahiran ini tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu.
Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.

2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?

3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup.
Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.

4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita.
Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.
Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?

6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1.
Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan.
Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.

8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.

Kredit: 
Suzardi Maulan November 23, 2011

Siapa Yang Sepatutnya Di Beri Keutamaan




Dalam sebuah keluarga yang ada bajet ketat,
siapa perlu ambil insurans terlebih dahulu ?
Suami ? Isteri ? Atau anak ?
Jawapannya ada pada penerangan bila kita naik kapal terbang.
Haaaa.....
"Apabila berlaku kecemasan, tuan/puan adalah dikehendaki memakai topeng udara terlebih dahulu sebelum membantu penumpang di bawah jagaan tuan/puan".
Penerangan dalam kapal terbang, akan suruh utamakan diri terlebih dahulu sebelum nak bantu orang lain.
Begitu juga dalam hal perlindungan kewangan, orang yang PALING UTAMA untuk dilindungi ialah pencari nafkah utama.
Ramai orang sibuk mencari insurans untuk anak terlebih dahulu walhal pencari nafkah utama dalam keluarga tidak mempunyai apa-apa perlindungan.
Insuranskan terlebih dahulu diri tuan/puan kerana yang membawa balik duit setiap bulan adalah tuan/puan.
Tak salah nak belikan anak insurans, tapi belilah selepas tuan/puan dah ada perlindungan insurans terlebih dahulu.
Antara sebab lain utamakan diri tuan/puan
1. Pencari nafkah utama
2. Umur makin meningkat, risiko penyakit lebih besar daripada anak-anak yang masih muda

Sila Hubungi saya Ryzal ejen takaful terbaik anda 
��Info & Temujanji
��Whatapps : 011-19778959
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587
��Untuk respond terpantas digalakkan call terus 013-3109587


Thursday, 4 February 2016

JUJURLAH BILA MEMBERI HUJAH.

kredit picture: Takaful awareness through cartoon

Bila ada yang cakap tak mampu ambil medical card atau plan ganti gaji kerana tak cukup duit. Ekonomi tak bagus. Kena utamakan duit untuk susu anak dan sebagainya......tetapi pada yg sama masih melanggan astro, banyak makan di luar, masih merokok, sebenarnya dia tidak jujur dengan diri dan orang lain.
Apakah dia tidak mampu menilai yg mana lebih penting? Takaful yang semaksima 10% pendapatan tidak akan menjadikan seseorang tu miskin kerana ada lagi 90% untuk survive. Apa apa terjadi 10% ini akan menyelamatkan 100% gajinya seumur hidup! Jika tiada plan backup gaji, siapa yang sudi berikan pertolongan?


Pandai pulak cakap takaful Allah, lebih besar dunia dan akhirat. Inilah cakap-cakap orang yang jahil. Allah suruh kita merancang dan tolong menolong! Takaful inilah yang memenuhi tuntutan agama. Jika tak mampu banyak, ambillah sikit sekadar mampu.

Bahana Muflis

BAHANA MUFLIS




Ahmad: “Korang, mana nak pergi public holiday ni? Pavilion, Mid Valley, Suria KLCC, Sunway Pyramid, The Curve, One Utama, Subang Parade, Lot 10, Times Square, Wangsa Walk….semua aku dah redah…bosan la!”
Raju: “Sama lah dengan aku. IOI Mall, Alamanda pun dah jemu sangat! Ha, aku dengar ada shopping complex baru kat Gombak. Nama dia Festival City. Apa lagi, jom attack!”
Adakah anda familiar dengan dialog harian ini? Teruskan membaca.
Baru-baru ini, didedahkan di dada akhbar betapa kronik sebenarnya fenomena muflis di negara kita dan yang paling memeranjatkan ialah ia melibatkan golongan muda (bawah 40 tahun). Tetapi jika diselidik kembali, ianya tidaklah sangat memeranjatkan jika kehidupan seorang eksekutif muda, kos sara hidup yang semakin meningkat dan jumlah pusat beli belah di Malaysia diperhati dan dibuat analisis.

Suka membeli belah dan pengurusan kewangan yang teruk itulah yang gambaran paling tepat mengenai sikap golongan muda di Malaysia. Berdasarkan kajian secara rambang yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj dimana dalam tempoh 3 tahun yang lalu, sebanyak 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari. Sementara pada setiap hujung minggu pula, kira-kira lima juta pengguna berpusu-pusu menyerbu 320 pusat membeli belah yang terdapat di seluruh negara!

Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):
Gaji: RM2,000 sebulan
Perbelanjaan:
– Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
– Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
– Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
– Makan dan minum RM500
– Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
– Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
– Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
– Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
– Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)
– Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak!

Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.

Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang.
Tetapi jika dipandang pada sudut lain, kebanyakan anak muda yang diisytiharkan muflis boleh dikatakan kesemuanya berada dibawah lingkungan umur bawah 40 an dan tinggal di bandar -bandar besar. Dan antara sebab mengapa sesetengah anak muda terlibat dengan pinjaman bank melalui pinjaman peribadi dan kepenggunaan kad kredit adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mereka gara – gara kos sara hidup yang terlalu tinggi. Bukan semuanya mengamalkan gaya hidup mewah. Sebilangan anak muda terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menamatkan zaman bujang mereka, dimana kita sedia maklum bahawa faedah (bunga) adalah terlalu tinggi didalam sistem sesetengah perbankan. Anak muda terpaksa berhutang untuk kahwin sebanyak RM 15,000 ke RM 20,000 . Ditambah dengan kos perkahwinan saban tahun semakin meningkat dan dengan hutang termasuk faedah (bunga) sekali. Ini bermakna mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah hutang.

Dan dalam masa yang sama juga, mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga. Ditambah pula pasangan yang bekerja. Mereka terpaksa menghantar anak mereka kepada pengasuh atau ke Pusat Asuhan Kanak – Kanak. Ini sudah tentu melibatkan penambahan kos. Ini belum lagi menyentuh kepada pinjaman pengajian di IPTA mahupun IPTS pada masa terdahulu daripada PTPTN. Tempoh bayaran semula pinjaman kepada PTPTN yang panjang ditambah dengan faedah yang tinggi. Maka disinilah datangnya ‘malaikat penyelamat’ iaitu kad kredit!
Laporan Bank Negara mendedahkan hampir separuh daripada pemegang kad kredit yang diistytiharkan bankrap adalah mereka yang berusia dibawah 30 tahun. Mereka muda dan mewah, tetapi lemah pengurusan kewangan. Kad kredit hanya mengundang malapetaka jika anda tidak pandai menguruskannya dengan professional. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan professional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis. 15 peratus daripada hampir 40,000 individu yang menyertai program pengurusan kredit Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun.
Mari kita kaji pula senario seorang eksekutif berjaya yang juga merupakan seorang pemegang kad kredit ‘berjaya’.

Di bawah akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000 setiap pemiutang. Raju adalah seorang arkitek yang berjaya. Masih lagi bujang dan tidak mempunyai sebarang tanggungan. Pada usia 30 tahun dia telah pun memiliki satu kereta sport, satu kereta mewah dan dua kondominium hasil dari titik peluhnya. Dia mempunyai mentaliti sanggup berusaha menghadapi rintangan dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini beliau.Dia juga percaya kepada falsafah wang boleh membeli apa saja. Raju memang gemar dengan perhatian yang diberikan orang ramai apabila melangkah bergaya dengan pakaian lelaki lengkap ditempah khas. Gaya hidup mewah kesukaan terhadap barangan berharga dan berjenama sebegini turut menjadi ikutan ramai golongan professional.
Dia banyak bergantung kepada kad kredit dan hampir kesemua perbelanjaannya dibiayai kad kredit. Raju amat taksub dengan bilangan digit pendapatannya, tidak sedikit pun bimbang dengan tsunami yang bakal mendatang.
Kemudahan mendapat pinjaman wang satu penghargaan dari segi kewangan, telah disalahgunakan oleh Raju. Apa yang dia tahu adalah berbelanja dan mendapatkan apa yang dingini. Tanpa disedari dia terjerat di dalam pasir jerlus hutang kombinasi 3-C (condo,car,credit card). Jumlah pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan kad kredit ahkirnya mencecah RM380,000.
Pada mulanya dia tidak percaya bebanan hutang yang ada dihadapan matanya. Dia tidak faham kenapa seseorang yang mempunyai pendapatan sihat boleh terjebak dengan bebanan hutang yang banyak. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengendahkan hutangnya tetapi semakin dielak semakin ngeri igauan yang ditanggungnya. Akhirnya Raju mengaku tewas lalu mendapatkan perkhidmatan dari AKPK.
AKPK menasihatkan Raju untuk menjual salah satu hartanah kepunyaannya demi meringankan beban hutang bulanan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal dan dia bersetuju serta strategi di atur untuk menyelamatkannya dari terus dibebani hutang di masa depan. Dari segi liabiliti AKPK telah berjaya menyelamatkan sejumlah 45% daripada bayaran bulanan hutangnya. Berbekalkanpendapatan bulananyang mantap dengan keinsafan baru, Raju kini melalui kehidupan dengan sejahtera meskipun masih belum lepas sepenuhnya dari mulut harimau.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan golongan muda ialah:
Cari ilmu Kewangan – Hadiri kelas, seminar dan bengkel kewangan, baca sebanyak mungkin buku tentang kewangan, faham dan cuba ikut apa yang disampaikan.
Dapatkan khidmat perancang kewangan yang bertauliah, seorang perancang kewangan bukan penjual produk, cari mereka yang membantu anda merancang kewangan anda dengan mengenakan yuran. Ini bagi mengelakkan seorang perancang kewangan menjual sesuatu produk yang tidak diperlukan oleh anda oleh kerana mereka mempunyai kepentingan didalam produk tersebut.
Antara ilmu asas yang perlu ada pada diri anda adalah mengenai aliran tunai dan budget atau belanjawan. Seperti juga kesihatan diri, aliran tunai akan menentukan tahap kesihatan kewangan anda, jika anda mempunyai aliran tunai negatif maka kuranglah kebolehupayaan anda untuk mempunyai wang yang cukup manakala budget pula seperti diet (makan makanan yang berkhasiat untuk badan anda), budget yang baik akan memastikan bahawa segala belanjawan yang dibuat mempunyai impak kewangan yang positif ke atas diri anda.

Kredit: Wan Rashida Mohd Rashid