Tuesday, 26 July 2016

TAWARAN MEDICAL CARD MAMPU MILIK

kepada sesiapa yang ingin memiliki medical card tapi budget ketat. ialah nak dapat medical card terpaksa bayar sampai rm 100 ke atas so.... di Maa masih ada plan yang murah dan reasonable dengan budget anda....

tapi plan medical card mampu milik nie hanya boleh mohon sekarang sebelum 31 ogos nie.........JANGAN LAMBAT-LAMBAT BOLEH REGISTER KAT NO NIE 013.310.95.87


TAK DAPAT APA YANG ANDA TAK KISAH

Saya tahu setengah dari anda bosan bila saya cakap pasal Takaful. Balik balik Takaful. Nyampah!
Tapi saya tetap nak tanya - anda tau tak apa faedah yang disusun dalam polisi anda? Jangan bergantung 100% pada apa ejen cerita. Baca polisi tu betul-betul!
Sebab saya malas nak ingatkan banyak kali
Ramai orang tunggu dah kecemasan, dah ditimpa musibah, baru sedar faedah yang dia nak tuntut tu TAKDE. Atau faedah yang dia tuntut tu dapat sikit sangat!

Contoh 1
Beli polisi sum covered sampai RM1 juta. Katanya covered sampai 100 tahun. Tapi bila sakit kritikal, se-sen pun tak dibayar sebab faedah untuk meninggal dan hilang upaya kekal saja. Tunggu mati baru dapat!!

Contoh 2
Beli polisi 3 dalam 1. Katanya semua ada. Yang bestnya dia cakap medical kad dia cover RM1 juta. Kalau meninggal pun, dapat RM1 juta. Bayar murah je dulu, dalam RM200 sebulan. Tapi bila dah meninggal, baru sedar polisi cuma cover RM20,000 je. Rasa macam nak bangkit dari kubur tau tak!!!

Anda boleh tuduh kononnya ejen menipu anda
Tapi sebenarnya, pada saya, salah anda sendiri beli Takaful, tak baca kandungan polisi betul-betul. Anda langsung tak usaha nak fahamkan APA FAEDAH ADA DALAM POLISI ANDA. Anda tak semak jumlah faedah tu cukup ke tak?
Akhirnya, anda tak akan dapat benda yang anda buat tak kisah selama ni. Sebab anda bayar Takaful buta-buta, macam anda dah tahu semuanya!

Saturday, 2 July 2016

MEDICAL CARD MIS SELLING

MEDICAL CARD MIS SELLING
____________________________
Saya selalu tekankan pada pelanggan saya, yang medical card:

1. Bukan SATU- SATUNYA pilihan rawatan perubatan anda.
========================
Ianya berfungsi sebagai tambahan pilihan rawatan perubatan anda. Anda masih ada pilihan rawatan di hospital kerajaan bagi sesetengah kes. BUKAN SEMUA KES boleh dirawat di hospital swasta.

2. BUKAN 100% CASHLESS
======================
Deposit kemasukan untuk perbelanjaan yang tidak berkaitan perubatan, rawatan pesakit luar dan follow up yang memerlukan pesakit membayar dahulu dan claim kemudian.

3. BUKAN 100% BOLEH CLAIM
======================
Seperti yg dinyatakan td, ada sesetengah penyakit yang tidak memerlukan kemasukan ke wad, tidak akan ditanggung dalam medical card.
Contoh: sakit demam pening biasa, yang anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik biasa.

Bila beli medical kad, jangan sangka anda terus automatik covered ya. Semuanya bergantung kepada medical findings dan report doktor kepada pihak takaful.

Jadi, bandingkan dahulu harga dan "KLAUSA TERSEMBUNYI" setiap medical kad sebelum anda mengambilnya. Ingat ya, penyakit sedia ada sebelum ambil medical card memang tidak ditanggung.

Ketahui segala info berkaitan Takaful.
Jom bertakaful. :)



#infoTakaful #medicalcard

Friday, 1 July 2016

KESEDARAN SETIAP ORANG

LAIN ORANG, LAIN TAHAP KESEDARANNYA

Ada orang, cerita sikit pasal perlindungan kewangan keluarga, terus dia ambil tindakan beli Takaful dengan jumlah coverage secukupnya. Sebab pada dia, bab kebajikan dan masa depan keluarga sangat penting! Takde kompromi. Tak boleh tangguh-tangguh!

Ada orang lain pula, bila lihat kawan sendiri terkena musibah dan betapa susahnya hidup kawan tu, baru dia sedar dan cepat-cepat beli Takaful secukupnya untuk diri dan keluarga

Yang lain, tunggu musibah terkena kat batang hidung sendiri, baru terhegeh-hegeh nak cari Takaful. Adakalanya dah beli dah Takaful, tapi tak sambung bayar sebab rasa rugi musibah belum melanda. Di hati tu nak sangat ditimpa musibah agaknya, sampai sanggup konar dulu duit tu untuk shopping dan berhibur sana sini. Bila dah tak layak nak mohon Takaful, mulalah marah marah dan menuduh macam-macam

Tuan, puan
Persaingan saya bukanlah dengan sesama manusia. Persaingan saya adalah dengan ajal maut dan penyakit. Sekarang anda mungkin nampak saya macam jurujual atau peminta sedekah. Anda boleh jual mahal dan buat tak layan orang macam saya. Jangan tunggu dah kena batang hidung sendiri, baru nak sedar dan bertindak. Masa tu mungkin dah terlambat!

Doakan saya jumpa tuan puan dulu
Sebelum ajal maut dan penyakit datang menjelma

Appointment dail no nie x kira whatsapp or calling 013.310.958.7

KENAPA WANITA PERLU TAKAFUL KHUSUS UTK WANITA

KENAPA WANITA PERLUKAN TAKAFUL WANITA?

Sesetengah prospek wanita yang saya jumpa memberi alasan "NAK TANYA SUAMI I DULU LAH. TAKUT DIA MARAH PULAK KALAU I PANDAI-PANDAI BELI"

Pada pandangan puan, pelan Takaful wanita yang saya proposed ni bagus tak untuk lindungi keperluan puan?

"Bagus... memang i tak pernah tengok ejen present macam you En Ryzal. Tapi ya lah, i rasa i nak tanya suami i dulu lah"

Puan, begini lah. Bila puan tanya suami, ada 3 KEBARANGKALIAN yang akan berlaku
1) Suami setuju dan puan kata pelan ni bagus, puan akan ambil
2) Suami kata terpulang pada puan dan puan kata pelan ni bagus, puan akan ambil juga
Isu dia puan, apa berlaku KALAU SUAMI KATA NO?

Dalam hal kebajikan diri dan masa depan puan, adakah puan nak letak 100% sepenuh harapan dan tanggungan pada suami puan bulat bulat? Atau puan pun nak sama-sama pikul tanggungjawab tersebut dan sediakan back-up sendiri?

Saya tanya ni bukan apa puan. Saya khuatir bila puan sakit kritikal, hilang keupayaan untuk mencari nafkah keluarga, tak mampu tunaikan tanggungjawab nak layan suami, bawak pulak BEBAN KEWANGAN TINGGI MENGGUNUNG, SUAMI PUAN TAK BERSEDIA NAK PIKUL DAN TANGGUNG ITU SEMUA

Jadi kalau itu berlaku, apakah persediaan puan untuk hadapi itu semua??