MEDICAL KAD
Ini kad hospital. Bukan kad membership hotel
Ramai orang salah sangka, anggap bila ada kad ni, boleh masuk hospital ikut suka macam masuk hotel
Sangkaan dia lagi, boleh mintak masuk hospital dan suruh check itu ini ikut suka dia. Dia anggap syarikat Takaful akan automatik tanggung semua kos bila dia sudah beli kad ni
Jangan salah faham!
Untuk kad hospital ini tanggung bil hospital, anda perlu
1. Diwadkan lebih 12 jam
2. Ada diagnosis penyakit (bukan check saja)
3. Ada rawatan yang relevan
4. Penyakit disahkan wujud selepas tempoh menunggu berakhir.
Dan, keputusan untuk masuk wad BUKAN sebab anda ada medical kad semata- mata. Keputusan itu adalah di atas pandangan profesional DOKTOR yang merawat dan keadaan klinikal pesakit.
Jadi, ada medical kad tak menjamin 100% anda boleh claim. Banyak faktor lain perlu diambil kira. Dapatkan nasihat yang betul.