Sunday, 3 January 2016

Proposal Terbaik



 Proposal Terbaik





Kekadang, bila saya beri proposal pelan perlindungan 100%, ada sesetengah ejen cuba "racun" minda prospek dengan kata, "eh buat apa ambik yang bayar hangus?? Ambik yang ada savings & investment lagi baik". 

Sebenarnya, tak kira pelan savings atau pelan perlindungan, setiap coverage yang diberi, ada caj takafulnya. Dan, semua caj takaful untuk coverage yang sama, adalah hangus (tabaru') dan tidak dipulangkan kalau tiada tuntutan. Kalau dipulangkan, hanya sebahagian yang terhasil dari "surplus sharing" (lebihan un-claimed fund yang dikongsi oleh syarikat). 

Cuma bezanya, anda yang ambil pelan 3-dalam-1, ada savings & investment ni, savings anda akan dihakis oleh service charge company (wakalah fees). Kalau pelan Takaful Investment-Linked, 60% hangus 2 tahun pertama. Kalau ambil pelan savings Tradisional (Bukan takafulink), hangus 90% untuk 2 tahun pertama. Ejen yang makin gemuk, makan komisyen tinggi, sebab cerita savings, duit simpanan terhakis 6 tahun pertama, dia tak cerita. 

In the end, bayar mahal-mahal, coverage kecik, tak dapat selesaikan masalah kewangan yang berlaku nanti. Ada savings dalam pelan pun, tak dapat nak tampung jumlah kerugian tersebut. Savings low, coverage low, yang untung sapa? Ejen! 
So, bukankah lebih baik, ambik Takaful bayar untuk perlindungan saja? Bayar untuk caj-caj takaful mengikut jumlah coverage yang kita ambil. Savings & investments ni ada banyak pilihan, tak semestinya dalam Takaful saja. 

Sebab itulah saya suka jual pelan perlindungan 100%. Untuk maksimumkan perlindungan pelanggan berdasarkan setiap ringgit yang dia bayar, agar bila berlaku apa-apa, pampasan tu dapat selesaikan masalah kewangannya nanti.

call saya 013-3109587 @ whatapps: 011-19778959

No comments:

Post a Comment