Friday, 27 May 2016

HIBAH

HIBAH

Maksud Hibah = Hadiah (pemberian yang ditetapkan ketika masih hidup)
Hibah ada 2 jenis

1) Hibah wasiat (tertakluk kepada 1/3 nilai harta)
2) Hibah Takaful (boleh beri 100%) 


Hibah wasiat, dilakukan melalui wasiat. Dan diagihkan mengikut Akta Harta Pusaka Kecil 1955 atau Akta Probet & Pentadbiran 1959
Hibah Takaful, dilakukan melalui polisi Takaful. Dan diagihkan hanya selepas pemilik polisi meninggal dunia mengikut Akta IFSA 2013.

Hibah Takaful pula ada 2 jenis
1) Hibah sebagai cara agihan
2) Hibah sebagai tinggalkan harta pusaka

Kebanyakan ejen guna hibah sebagai cara agihan, tapi cerita macam hibah nak tinggalkan harta pusaka. Sebagai contoh, cerita pelan takaful ada hibah harta RM400,000 kalau meninggal. Tapi pelan dibuat untuk tempoh pendek 20 tahun sahaja (hingga umur 55 tahun). Kalau tak meninggal selepas umur 55 tahun, macam mana? Jadi tak hibah tu?

Hibah sebagai cara agihan harta, tak kisah tempoh perlindungan berapa. Sebab ia sekadar untuk mudahkan agihan pampasan

Hibah untuk tinggalkan harta pusaka, tempoh perlindungannya kena sampai umur 80 tahun sekurang kurangnya. Sebab kita tak tau ajal bila? 80 tahun dah lebih dari purata jangka hayat lelaki dan wanita. So kira okay lah tu.

Sunday, 15 May 2016

Plan Education yang terbaik

BAGAIMANA NAK SUSUN PLAN EDUCATION?



Apa tujuan bukak akaun Education?
Untuk simpanan masa depan anak masuk IPT nanti ke?
Atau untuk protection anak?

Katakan anak lelaki 4 tahun, pembayar lelaki umur 34 tahun
Akan masuk IPT pada usia 20 tahun
Tempoh menabung = 19 tolak umur sekarang 4 tahun
Ada lagi 15 tahun untuk menabung

Kos pendidikan sekarang = RM40,000
Kos pendidikan selepas 15 tahun = RM72,000 (Inflasi 4%)
Patut simpan RM271 sebulan jika pulangan 6% (konservatif) dan termasuk service charge 5%.
Tambah RM50 untuk faedah Takaful Education

PELAN TANPA SAVER
Ejen sumbat semua RM320 sebulan ke dalam pelan Takaful Education. Hasilnya :-
1) Terpaksa letak basic coverage tinggi 220,000
2) Simpanan tahun pertama terhakis tinggal 988 sahaja
3) Selepas 15 tahun, simpanan terkumpul 59,377 (tak cukup nak tampung kos pendidikan 72,000)

PELAN DENGAN SAVER
Ejen letak RM50 sahaja ke dalam pelan Takaful Education. Baki RM270 sebulan diletak ke akaun SAVER. Hasilnya :-
1) Basic coverage minima sahaja 60,000
2) Simpanan tahun pertama ada 3,052
3) Selepas 15 tahun, simpanan terkumpul 76,977 (cukup nak tampung kos pendidikan 72,000)

Kenapa kena mencarum RM320 sebulan?
Sebab kos pendidikan universiti yang mahal. Bukan kos takaful.

Kenapa kena simpan education di Takaful?
Sebab ada payor benefit (caruman sambung bayar bila payor sakit kritikal, TPD atau meninggal) dan gantirugi kewangan bila anak masuk hospital, sakit kritikal, TPD atau meninggal.

Untuk register hubungi saya 013.310.958.7
Ryzal ejen terbaik

Wednesday, 11 May 2016

Salah faham mengenai tempoh "Cooling Period 120 hari medical card".

Salah faham mengenai tempoh "Cooling Period 120 hari medical card".


Anggapan pemilik medical card terutama bagi mereka yang mendaftar takaful kerana telah ada simptom penyakit atau sedang menyorokkan masalah kesihatan ketika membuat pendaftaran
.
"Tunggu medical card habis tempoh cooling period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital."
Fakta yang sebenarnya mengenai cooling period:
Apa-apa penyakit spesifik (specified illness) yang wujud dalam tempoh 120 hari pertama medical card sedang berkuatkuasa, sama ada pemohon tersebut SEDAR ataupun TIDAK SEDAR akan penyakit tersebut, akan DIKECUALIKAN daripada perlindungan takaful.

Pihak takaful berhak menolak untuk membayar tuntutan perubatan dan menjalankan MEDICAL INVESTIGATION sekiranya terdapat tuntutan yang meragukan dan melibatkan tempoh 'cooling period' medical card.

Benda ni penting.
Sebab ramai yang dah ada penyakit dan sorok penyakit, kemudian tunggu 120 hari, terus pergi hospital. Bila diagnosis, report doktor akan keluar penyakit bawah kategori specified illness.
Takaful akan REJECT claim. Dan waktu tu akan keluar ayat
"Takaful tipu"
"Takaful susah nak claim"
Dan macam-macam lagi ayat negatif.
Jadi, seeloknya, DAFTAR MEDICAL CARD SEMASA SIHAT DAN SEAWAL YANG MUNGKIN.

JANGAN TUNGGU LAMA LAMA NANTI KENA SAKIT

HUBUNGI ATAU WHATSAPPS SAYA DI 013.310.958.7



Sunday, 8 May 2016

Penerangan isu penjualan Maa Takaful

BETUL KE MAA TAKAFUL KENA JUAL SEBAB TAK KUKUH?

Beberapa ejen takaful yang tak beretika ambil kesempatan untuk menyebar fitnah bila berita MAA Takaful dijual kepada Zurich Insurance tersiar hari ni. Kononnya disebabkan syarikat tak kukuh lah, produk akan kena blacklist lah, polisi akan berubah lah dan macam macam tuduhan palsu dibuat

Tujuan saya menulis bukan untuk mewakili MAA, tetapi sekadar berkongsi info agar rakan seperjuangan MAA dan pelanggan tak panik tak tentu hala. Saya bercakap atas kapasiti diri sendiri je.

Berita MAA Takaful akan dijual memang sudah bermula sejak tahun lepas di mana Zurich Insurance menyatakan minat untuk membeli syarikat MAA Takaful dari MAA Group & Solidarity Bahrain (pemilik bersama MAA Takaful). Pada saya ni bagus sebab syarikat insurans bertaraf global nak beli syarikat insurans tempatan yang berdaya saing.

Ibarat Google beli YouTube. Adakah kerana YouTube nak bangkrap? Tidak? Google beli YouTube sebab ia syarikat yang bagus dan berdaya-saing. Begitu jugalah dengan MAA Takaful.

Rujuk akhbar yang disertakan, MAA Takaful dimulakan dengan modal RM100 juta, dibeli oleh Zurich Insurance dengan HARGA TUNAI rm525 juta. Tunai beb! Tak main hutang hutang! Rasa rasa itu tanda company nak bangkrap ke company tempatan yang bagus, value naik 525% selepas 8 tahun berniaga. Invest unit trust pun tak dapat return 525% dalam masa 8 tahun bang! :P

Pada 18/06/2015, saham MAA di Bursa Malaysia adalah sekitar 80.5 sen. Setahun sebelum tu, saham MAA was 63 sen. Hari ini, saham MAA diniagakan pada harga RM1.20 sesaham selepas pengumuman MAA Takaful akan dijual. Itu tanda syarikat MAA nak bangkrap ke, berdaya saing?

UNTUNG SAPA BELI SAHAM MAA. NILAI SAHAM MAA MELONJAK NAIK 50% TAK SAMPAI SETAHUN. DAPAT LAGI SPECIAL DIVIDEN 35 SEN SESAHAM (NILAI PAR RM1).

Tapi MAA tu kan kaunter PN17. Bukan ke tanda company tak kukuh? MAA masuk PN17 bukan sebab tak kukuh. Tapi disebabkan perubahan besar berlaku dalam struktur syarikat akibat penjualan MAA Assurance dulu. Status PN17 bukan bermaksud tak boleh beli saham. Boleh je beli kalau ada duit. Buktinya orang lain dok beli saham MAA, tu sebab harga melonjak naik.

Tapi MAA kan bukan kaunter syariah? Dalam rekod Bursa Malaysia, memang lah belum syariah sebab belum dikemas-kini status bila dalam PN17. Tapi aktiviti bisnes MAA hanya terhad kepada MAA Takaful sahaja. MAA dah tak pegang syarikat lain. 100% Islamic financial services. Tu lah... tak pernah main saham, tapi berlakon macam pakar kewangan, tuduh MAA tak kukuh.

Kalau MAA ni bagus sangat, kenapa dijual?
Sebab terlalu banyak peraturan baru, akta baru dan kekangan yang dikenakan ke atas industri kewangan yang membuatkan pemilik MAA merasakan masa dah tiba untuk letgo dan move forward.

Bermula dari Risk-Based Capital ruling (RBC) yang diperkenalkan oleh BNM ke atas industri insurans konvensional, hingga menyebabkan MAA jual MAA Assurance, hinggalah kepada pengenalan Akta IFSA 2013 dengan pelbagai peraturan baru (panjang nak cerita), pemilik MAA buat keputusan untuk buka buku baru.

Yang penting, MAA TAKAFUL akan jadi syarikat INTERNATIONAL sekarang dengan kekuatan kewangan dan network seluruh dunia. Kami bukan terhegeh-hegeh cari syarikat foreign. Syarikat foreign yang berminat nak beli MAA Takaful. Kami ikut je. Semoga selepas ni khidmat dan produk kami jadi semakin mantap untuk tawan pasaran Takaful di Malaysia.

Tak dapat bersaing dengan kami, janganlah tabur fitnah.
BERHIJRAHLAH KE MAA TAKAFUL AGAR ANDA DAPAT BERI PRODUK TAKAFUL YANG TERBAIK DALAM DUNIA :)

Kenyataan Media daripada Maa Takaful


Kenyataan Media MAA Takaful bertarikh 6 Mei 2016

MAA Takaful Berhad (“MAAT”) ingin mengumumkan Zurich Insurance Company Ltd telah memeterai Perjanjian Pembelian Saham (“SPA”) bersyarat pada 4 Mei 2016 bagi mengambil alih 100% saham MAA Takaful Bhd (“MAAT” ) dari MAA Group Bhd (“MAAG”) dan Solidarity Group Holding BSC (“Solidarity”). Ketika ini MAAG memiliki 75 % saham MAAT manakala Solidarity yang berpengkalan di Bahrain menguasai baki 25 % pegangan dalam entiti ini.

MAAT adalah pengendali Takaful utama di Malaysia yang mencatatkan kira – kira RM 528 juta dalam perolehan caruman kasar pada tahun 2015.
Transaksi tersebut telah diluluskan oleh Menteri Kewangan, namun ia masih tertakluk kepada kelulusan pemegang saham MAAG selain syarat penutupan yang lain. Transaksi penutupan dijangka berlaku dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh termeterai perjanjian tersebut.

Ingin diperjelaskan bahawa transaksi tersebut tidak akan menjejaskan kontrak Takaful setiap pemegang sijil sedia ada. MAAT akan terus memberikan perkhidmatan kepada semua pemegang sijil dan kontrak mereka akan kekal sah dengan semua kewajipan akan ditunaikan sehingga tamat terma sijil.

Dengan adanya kepakaran antarabangsa dan jenama global dari transaksi tersebut serta digabungkan dengan bakat Takaful tempatan, MAAT yakin akan terus menerajui kecemerlangan dan sekaligus akan memberi manfaat kepada semua pemegang sijil.

Friday, 6 May 2016

Simpanan takaful haji

Menyimpan dalam akaun simpanan Takaful ni ramai orang pandang berapa return dapat berbanding unit trust?

KELEBIHAN simpanan dalam Takaful bukan pada return (pulangan)
Sebab simpanan Takaful fokus kepada aspek lain dalam kehidupan

Pelan Simpanan Takaful untuk Haji misalnya, terbahagi kepada 2 akaun dalam 1 plan yang sama
1) Akaun Pelaburan (Saver atau Top-Up)
2) Akaun Faedah Takaful

1) Service charge untuk akaun pelaburan Takaful = 5% per entry
Service charge untuk unit trust (tunai) = 6.5% - 7% per entry
Anda jimat sedikit di situ, more money masuk investment

2) Ada Faedah Takaful yang beri pampasan tambahan
Unit trust invest 5 tahun, terkumpul RM50,000. Meninggal ketika fund value drop RM45,000, pewaris dapat RM45,000 saja
Simpanan Takaful, terkumpul RM50,000. Meninggal ketika fund value drop RM45,000, pewaris dapat RM45,000 + pampasan RM50,000 misalnya
Tambah dengan khairat kematian 2,000,
Tambah dengan Upah Haji, Qurban, Waqaf si mati 5,000
Kalau sakit kritikal pula, ada auto saver. Simpanan haji tu disambung bayar oleh MAA Takaful sampai umur 80 tahun atau meninggal (mana dulu).
More benefits untuk penyimpan Takaful kan?

3) Kalau anda meninggal dunia, unit trust anda akan tertakluk kepada surat kuasa tadbir dan wasiat (jika ada) untuk mudahkan agihan harta kepada pewaris. Paling cepat dapat tebus dan agih harta pusaka adalah 1 tahun lebih jika ada wasiat dan 2-3 tahun jika tiada wasiat dan tiada pertikaian agihan sesama pewaris. Kalau ada pertikaian, boleh drag bertahun tahun lagi. Kos wasiat bukan percuma, ada kena bayar. Kos agihan contoh guna khidmat Amanah Raya ke, guna khidmat peguam syarie ke, pun bukan percuma. Biasa mereka makan 10% dari harta agihan.

Segala simpanan dan pampasan Takaful, anda boleh serah dan agih melalui Hibah Takaful, yang hanya berkuat kuasa setelah anda meninggal dunia. Pada siapa anda nak bagi duit simpanan dan pampasan, anda tulis saja nama mereka. Berapa peratusan hak masing-masing, anda tentukan sendiri. Dan anda boleh ubah nama dan peratusan ini bila bila anda suka, selagi anda masih hidup. Tak perlu ikut faraid, tak perlu tunggu surat kuasa tadbir. Dalam masa 1-2 bulan, duit clear, syarikat Takaful dah bayar jika dokumen lengkap. Agihan pun percuma, takde kos tambahan anda kena bayar sebab syarikat terus serah cek kepada nama yang anda sebutkan dalam hibah.

4) Unit trust kalau anda nak jadikan ia sebagai duit amal jariah samada melalui sedekah atau waqaf, anda perlu buat dokumen tambahan seperti trust (akaun amanah) atau hibah (pindah milik ketika masih hidup). Semua ni ada caj masing masing.

Simpanan Takaful, kalau duit simpanan tu anda nak jadikan amal jariah, boleh serahkan sebahagian atau kesemua kepada badan kebajikan sebagai sedekah jariah atau kepada Yayasan Waqaf Malaysia, sebagai harta waqaf. Takde caj tambahan.

Simple bukan?

Saya tak suruh simpan kesemua harta tunai dalam simpanan takaful.
Pelbagaikan akaun simpanan dan pelaburan anda
Simpan harta tunai yang tak pakai, ke dalam akaun takaful haji ni
Kalau anda masih hidup, gunakan untuk tunaikan umrah, haji
Kalau anda ditakdirkan pergi dulu, harta pusaka anda dapat diagihkan dengan cepat melalui hibah. Dapat tambahan pampasan Takaful. Boleh buat amal jariah melalui sedekah atau waqaf.
Keperluan anda sebagai orang Islam, akan terjaga, insya Allah.

Sekian pelajaran produk Takaful Haji terbaik untuk hujung minggu