Friday, 6 May 2016

Simpanan takaful haji

Menyimpan dalam akaun simpanan Takaful ni ramai orang pandang berapa return dapat berbanding unit trust?

KELEBIHAN simpanan dalam Takaful bukan pada return (pulangan)
Sebab simpanan Takaful fokus kepada aspek lain dalam kehidupan

Pelan Simpanan Takaful untuk Haji misalnya, terbahagi kepada 2 akaun dalam 1 plan yang sama
1) Akaun Pelaburan (Saver atau Top-Up)
2) Akaun Faedah Takaful

1) Service charge untuk akaun pelaburan Takaful = 5% per entry
Service charge untuk unit trust (tunai) = 6.5% - 7% per entry
Anda jimat sedikit di situ, more money masuk investment

2) Ada Faedah Takaful yang beri pampasan tambahan
Unit trust invest 5 tahun, terkumpul RM50,000. Meninggal ketika fund value drop RM45,000, pewaris dapat RM45,000 saja
Simpanan Takaful, terkumpul RM50,000. Meninggal ketika fund value drop RM45,000, pewaris dapat RM45,000 + pampasan RM50,000 misalnya
Tambah dengan khairat kematian 2,000,
Tambah dengan Upah Haji, Qurban, Waqaf si mati 5,000
Kalau sakit kritikal pula, ada auto saver. Simpanan haji tu disambung bayar oleh MAA Takaful sampai umur 80 tahun atau meninggal (mana dulu).
More benefits untuk penyimpan Takaful kan?

3) Kalau anda meninggal dunia, unit trust anda akan tertakluk kepada surat kuasa tadbir dan wasiat (jika ada) untuk mudahkan agihan harta kepada pewaris. Paling cepat dapat tebus dan agih harta pusaka adalah 1 tahun lebih jika ada wasiat dan 2-3 tahun jika tiada wasiat dan tiada pertikaian agihan sesama pewaris. Kalau ada pertikaian, boleh drag bertahun tahun lagi. Kos wasiat bukan percuma, ada kena bayar. Kos agihan contoh guna khidmat Amanah Raya ke, guna khidmat peguam syarie ke, pun bukan percuma. Biasa mereka makan 10% dari harta agihan.

Segala simpanan dan pampasan Takaful, anda boleh serah dan agih melalui Hibah Takaful, yang hanya berkuat kuasa setelah anda meninggal dunia. Pada siapa anda nak bagi duit simpanan dan pampasan, anda tulis saja nama mereka. Berapa peratusan hak masing-masing, anda tentukan sendiri. Dan anda boleh ubah nama dan peratusan ini bila bila anda suka, selagi anda masih hidup. Tak perlu ikut faraid, tak perlu tunggu surat kuasa tadbir. Dalam masa 1-2 bulan, duit clear, syarikat Takaful dah bayar jika dokumen lengkap. Agihan pun percuma, takde kos tambahan anda kena bayar sebab syarikat terus serah cek kepada nama yang anda sebutkan dalam hibah.

4) Unit trust kalau anda nak jadikan ia sebagai duit amal jariah samada melalui sedekah atau waqaf, anda perlu buat dokumen tambahan seperti trust (akaun amanah) atau hibah (pindah milik ketika masih hidup). Semua ni ada caj masing masing.

Simpanan Takaful, kalau duit simpanan tu anda nak jadikan amal jariah, boleh serahkan sebahagian atau kesemua kepada badan kebajikan sebagai sedekah jariah atau kepada Yayasan Waqaf Malaysia, sebagai harta waqaf. Takde caj tambahan.

Simple bukan?

Saya tak suruh simpan kesemua harta tunai dalam simpanan takaful.
Pelbagaikan akaun simpanan dan pelaburan anda
Simpan harta tunai yang tak pakai, ke dalam akaun takaful haji ni
Kalau anda masih hidup, gunakan untuk tunaikan umrah, haji
Kalau anda ditakdirkan pergi dulu, harta pusaka anda dapat diagihkan dengan cepat melalui hibah. Dapat tambahan pampasan Takaful. Boleh buat amal jariah melalui sedekah atau waqaf.
Keperluan anda sebagai orang Islam, akan terjaga, insya Allah.

Sekian pelajaran produk Takaful Haji terbaik untuk hujung minggu

No comments:

Post a Comment