Ejen Takaful ZURICH Sepenuh Masa|PERCUMA quotation Medical Card Family Terbaik dan Income Protection Plan aktif di Cheras, Shah Alam, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Kinrara, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi | Takaful dan Insurance
Sunday, 8 May 2016
Kenyataan Media daripada Maa Takaful
Kenyataan Media MAA Takaful bertarikh 6 Mei 2016
MAA Takaful Berhad (“MAAT”) ingin mengumumkan Zurich Insurance Company Ltd telah memeterai Perjanjian Pembelian Saham (“SPA”) bersyarat pada 4 Mei 2016 bagi mengambil alih 100% saham MAA Takaful Bhd (“MAAT” ) dari MAA Group Bhd (“MAAG”) dan Solidarity Group Holding BSC (“Solidarity”). Ketika ini MAAG memiliki 75 % saham MAAT manakala Solidarity yang berpengkalan di Bahrain menguasai baki 25 % pegangan dalam entiti ini.
MAAT adalah pengendali Takaful utama di Malaysia yang mencatatkan kira – kira RM 528 juta dalam perolehan caruman kasar pada tahun 2015.
Transaksi tersebut telah diluluskan oleh Menteri Kewangan, namun ia masih tertakluk kepada kelulusan pemegang saham MAAG selain syarat penutupan yang lain. Transaksi penutupan dijangka berlaku dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh termeterai perjanjian tersebut.
Ingin diperjelaskan bahawa transaksi tersebut tidak akan menjejaskan kontrak Takaful setiap pemegang sijil sedia ada. MAAT akan terus memberikan perkhidmatan kepada semua pemegang sijil dan kontrak mereka akan kekal sah dengan semua kewajipan akan ditunaikan sehingga tamat terma sijil.
Dengan adanya kepakaran antarabangsa dan jenama global dari transaksi tersebut serta digabungkan dengan bakat Takaful tempatan, MAAT yakin akan terus menerajui kecemerlangan dan sekaligus akan memberi manfaat kepada semua pemegang sijil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment