BETUL KE MAA TAKAFUL KENA JUAL SEBAB TAK KUKUH?
Beberapa ejen takaful yang tak beretika ambil kesempatan untuk menyebar fitnah bila berita MAA Takaful dijual kepada Zurich Insurance tersiar hari ni. Kononnya disebabkan syarikat tak kukuh lah, produk akan kena blacklist lah, polisi akan berubah lah dan macam macam tuduhan palsu dibuat
Tujuan saya menulis bukan untuk mewakili MAA, tetapi sekadar berkongsi info agar rakan seperjuangan MAA dan pelanggan tak panik tak tentu hala. Saya bercakap atas kapasiti diri sendiri je.
Berita MAA Takaful akan dijual memang sudah bermula sejak tahun lepas di mana Zurich Insurance menyatakan minat untuk membeli syarikat MAA Takaful dari MAA Group & Solidarity Bahrain (pemilik bersama MAA Takaful). Pada saya ni bagus sebab syarikat insurans bertaraf global nak beli syarikat insurans tempatan yang berdaya saing.
Ibarat Google beli YouTube. Adakah kerana YouTube nak bangkrap? Tidak? Google beli YouTube sebab ia syarikat yang bagus dan berdaya-saing. Begitu jugalah dengan MAA Takaful.
Rujuk akhbar yang disertakan, MAA Takaful dimulakan dengan modal RM100 juta, dibeli oleh Zurich Insurance dengan HARGA TUNAI rm525 juta. Tunai beb! Tak main hutang hutang! Rasa rasa itu tanda company nak bangkrap ke company tempatan yang bagus, value naik 525% selepas 8 tahun berniaga. Invest unit trust pun tak dapat return 525% dalam masa 8 tahun bang! :P
Pada 18/06/2015, saham MAA di Bursa Malaysia adalah sekitar 80.5 sen. Setahun sebelum tu, saham MAA was 63 sen. Hari ini, saham MAA diniagakan pada harga RM1.20 sesaham selepas pengumuman MAA Takaful akan dijual. Itu tanda syarikat MAA nak bangkrap ke, berdaya saing?
UNTUNG SAPA BELI SAHAM MAA. NILAI SAHAM MAA MELONJAK NAIK 50% TAK SAMPAI SETAHUN. DAPAT LAGI SPECIAL DIVIDEN 35 SEN SESAHAM (NILAI PAR RM1).
Tapi MAA tu kan kaunter PN17. Bukan ke tanda company tak kukuh? MAA masuk PN17 bukan sebab tak kukuh. Tapi disebabkan perubahan besar berlaku dalam struktur syarikat akibat penjualan MAA Assurance dulu. Status PN17 bukan bermaksud tak boleh beli saham. Boleh je beli kalau ada duit. Buktinya orang lain dok beli saham MAA, tu sebab harga melonjak naik.
Tapi MAA kan bukan kaunter syariah? Dalam rekod Bursa Malaysia, memang lah belum syariah sebab belum dikemas-kini status bila dalam PN17. Tapi aktiviti bisnes MAA hanya terhad kepada MAA Takaful sahaja. MAA dah tak pegang syarikat lain. 100% Islamic financial services. Tu lah... tak pernah main saham, tapi berlakon macam pakar kewangan, tuduh MAA tak kukuh.
Kalau MAA ni bagus sangat, kenapa dijual?
Sebab terlalu banyak peraturan baru, akta baru dan kekangan yang dikenakan ke atas industri kewangan yang membuatkan pemilik MAA merasakan masa dah tiba untuk letgo dan move forward.
Bermula dari Risk-Based Capital ruling (RBC) yang diperkenalkan oleh BNM ke atas industri insurans konvensional, hingga menyebabkan MAA jual MAA Assurance, hinggalah kepada pengenalan Akta IFSA 2013 dengan pelbagai peraturan baru (panjang nak cerita), pemilik MAA buat keputusan untuk buka buku baru.
Yang penting, MAA TAKAFUL akan jadi syarikat INTERNATIONAL sekarang dengan kekuatan kewangan dan network seluruh dunia. Kami bukan terhegeh-hegeh cari syarikat foreign. Syarikat foreign yang berminat nak beli MAA Takaful. Kami ikut je. Semoga selepas ni khidmat dan produk kami jadi semakin mantap untuk tawan pasaran Takaful di Malaysia.
Tak dapat bersaing dengan kami, janganlah tabur fitnah.
BERHIJRAHLAH KE MAA TAKAFUL AGAR ANDA DAPAT BERI PRODUK TAKAFUL YANG TERBAIK DALAM DUNIA :)
No comments:
Post a Comment